Part 2: 50 Tips Cara Untuk Kuruskan Badan Sepanjang Zaman

Cara Untuk kuruskan Badan Part2

50 Tips Cara Untuk Kuruskan Badan: Part #2

Artikel ni adalah sambungan kepada 50 Tips Cara Nak Kuruskan Badan Sepanjang Zaman yang saya pos semalam. Pada kali ni saya akan kongsikan lagi 2 bahagian yang tertinggal  dalam 50 Tips Cara Untuk Kuruskan Badan iaitu Bahagian Pemakanan dan Bahagian Gaya Hidup.

kalau korang perasan tajuk pun ade lari skit hehe biasa la fening nak siapkan artikel ni sampai fokus hilang, walau apa pun saya berharap artikel ni dapat memberi manfaat kepada pembaca diluar sana.

moh! Sambung baca…..

Bahagian 2: Tips Pemakanan Cara Untuk Kuruskan Badan.

31. makan makanan yang kaya dengan serat seperti kacang hijau,brokoli, avokado, pisang, bayam, pear, tauge, oren, epal, beras perang, kubis, lobak merah, kubis bunga, dan rasberi.

32. Kalori adalah kunci dalam cara kuruskan badan, rancang pengambilan kalori anda.

Cara untuk kuruskan badan

33. Simpan catatan makanan. Dengan menulis apa yang anda makan dapat membantu anda membuat pemilihan makan sepanjang hari.

34. Makan makanan segar seperti ulam-ulaman, buah-buahan atau lauk yang di bakar dan dikukus.

35. Berhenti atau kurangkan minuman berkabonat dan soda walaupun berlabel diet.

36. Makan lemak yang sihat seperti minyak zaitun, kacang, dan avokado.

37. Rancang pembelanjaan runcit anda dengan mengurangkan makanan ringan dan makanan segera.

38. Buat persediaan awal. Potong sayur-sayuran siap2 dan biarkan didalam peti, untuk dijadikan salad untuk waktu makan malam anda bagi mengelakkan pengambilan makan berat sebelum tidur.

39. Tambah lebih protein untuk diet anda seperti kacang merah, kacang, telur, ikan dan daging tanpa lemak.

40. Wujudkan persekitaran makanan yang selamat. Buat senarai makan yang buat anda akan makan tanpa henti sekiranya ia ada didalam rumah. Jangan membelinya, ini akan mengganggu matlamat yang kita set sebelum ni.

41. Cuba pencuci mulut yang sihat.

42. Minum air sepanjang hari, paling minima 8 gelas sehari. Mulakan hari anda dengan segelas besar air yang diperah lemon. Nampak begitu mudah tapi perlu berhati2. Baca lebih lanjut mengenai air limau dan bagaimana ia memberi manfaat kepada bandan anda.

Bahagian 3: Tips Gaya Hidup Cara Untuk Kuruskan Badan

43. Buat senarai lagu anda. Lagu dan muzik kegemaran membantu menaikkan semangat anda.

44. Tidur yang cukup 7-8 jam setiap malam.

45. Banyakkan berdiri dari duduk. Jika anda bekerja cuba bangun setiap jam dari tempat anda dan gerak-gerakan anggota badan.

46. Tenangkan fikiran anda. Cari masa dan tempat sunyi untuk mencaj semula tenaga dan menyusun kempabali perancangan anda untuk tugas harian atau cara untuk kuruskan badan.

47. Tukarkan diet kepada gaya hidup. Diet bersifat sementara dah gaya hidup bersifat kekal. Lakukan sedikit tapi kerap.

48. Dapatkan pemeriksaan kesihatan yang kerap untuk tekanan darah dan kolestrol. Jika angka menunjukkan peningkatan anda kena terus melakukan gaya hidup sihat ini. Nombor akan sentiasa memberi motivasi kepada anda untuk meninggal beberapa tabiat yang tidak baik.

49. Kosongkan minda anda dengan menikmati keindahan alam semulajadi untuk terus kekal dan fokus pada matlmat yang anda ingin kecapi.

50. Berpuasa 1 hari seminggu. kalau mampu buat 2 hari seminggu isnin dan khamis.

Adakah anda berani mencuba 50 tip diatas sebagai cara untuk kuruskan badan anda, kalau ada yang berani sila like artikel ini dah sharekan di facebook anda sebagai bukti anda menyahut cabaran ni.

By | 2017-08-19T17:13:00+00:00 January 21st, 2015|Tips Kuruskan Badan|0 Comments

Leave A Comment

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.