Cara Mudah Untuk Kuruskan Badan Awal Pagi

Cara Mudah untuk Kuruskan Badan Awal PagiCara Mudah Untuk Kuruskan Badan Awal Pagi

“Sinari Hari Anda Dengan Bangun Pagi” bukan sebuah kata2 yang mampu untuk mengheret anda bangun dari katil begitu sahaja. Disebalik kata2 itu menyimpan rahsia dan cara mudah untuk kuruskan badan awal pagi. Menurut 1 kajian baru dari Northwestern University Feinberg School of Medicine hanya dengan bangun pagi dan biarkan sinaran matahari menjamah tubuh badan boleh membantu anda menurukan berat badan.
Sebelum diaorang start kaji teknik ni,teknik ni dah dipesankan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w melalui hadith baginda ketika melewati anaknya Fatimah r.a yang sedang berbaring pada waktu subuh, maka Baginda bersabda:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

 

Rezeki ialah harta atau apa-apa yang dikurniakan oleh Allah swt dan dapat dimanfaatkan manusia secara baik. Pengertian rezeki sebenarnya bukan sahaja berupa harta, malahan memiliki badan yang kurus dan sihat juga merupakan rezeki.

Menurut kajian tadi, terdapat 2 faktor sinaran matahari dapat mengurangkan berat badan.
Pertama, dengan mendedahkan diri kepada cahaya awal matahari membantu tubuh badan untuk mengatur kembali pergerakan dalaman tubuh, maka tubuh badan cenderung memiliki jadual tidur yang semulajadi dan mantap. Dengan kata lain, tidur yang cukup dan tepat pada waktunya membantu metabolisme badan bekerja dengan baik sekaligus membantu untuk kuruskan badan anda.

Faktor kedua untuk kuruskan badan adalah kerana sinaran awal pagi lebih kuat berbanding sinaran tengah hari dan petang. Ini kerana jumlah cahaya biru dalam cahaya pagi mempunyai kesan yang kuat pada Circadian Rythm (jam dalam tubuh) anda.

 

Cara kuruskan badan waktu pagi

kurus Santai dengan kopi sambil menikmati sinar pagi

 

Apa yang anda perlu lakukan adalah membiarkan diri anda dijamah matahari selama 20-30minit diantara jam 8 pagi ke 11 pagi sambil menikmati kopi pekat yang kaw (laki aku suka ni), tapi kalau nak lagi berkesan anda boleh melakukan aktiviti bersenam seperti berjoging, berbasikal bersama keluarga atau mencuba artikel saya yang tulis sebelum ni bertajuk 10 Cara Kuruskan Badan Mudah dan Jimat.

 

By | 2017-08-19T17:13:00+00:00 January 15th, 2015|Tips Kuruskan Badan|0 Comments

Leave A Comment

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.