Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Ais

cara menghilangkan jerawat dengan air batu cepat

CARA MENGHILANGKAN JERAWAT MUDAH & MURAH

Perghhh… Kena Sirap Selasih Ais bapok la sedapnye time panas2 macam ni, dahaga hilang badan pun sejuk jeee..

Tapi ada lagi yang korang semua perlu tahu yang air batu bukan sahaja digunakan untuk menghilangkan dahaga sahaja tapi ia juga dapat membantu menghilangkan jerawat dan merawat kulit muka anda.

Tak percaya la tuuuu.. ok sekarang korang boleh gi bungkus air sirap selasih dan mintak bungkuskan extra air batu sekali ye.! Sebab kita nak buat eksperimen cara menghilangkan jerawat yang datang melawat tak tentu masa ni sekejap je lagi.

Bahan utama cara menghilangkan jerawat dimuka tu adalah air batu, air sirap selasih tu guna untuk minum je, jangan buat sapu kat muka pula nanti habis muka korang dikerumi semut hehe.. gurau2 je..

Cara Menghilangkan Jerawat dengan ais

Cara – Cara Menghilangkan Jerawat di Muka Menggunakan Air Batu:

1. Ambil beberapa ketul air batu tadi dan bungkuskan didalam tisu

2. Sapukan pada keseluruhan muka beberapa minit atau di kawasan jerawat berada sahaja.

3. Untuk kesan yang lebih ketara lakukan pada awal pagi sebelum mandi pagi.

 

Berikut beberapa manfaat air batu untuk wajah:

1. Mengecilkan/Menghilangkan Jerawat

Dengan menggunakan air batu lakukan urutan-urutan lembut ke seluruh wajah korang, teknik ini dapat mengecilkan pori-pori di seluruh muka korang. Pori-pori yang mengecil membantu menghilangkan jerawat dan bintik2 di muka. Lakukan dengan kerap sehingga jerawat itu hilang.

2. Merawat kulit terbakar

Air batu dapat merawat kulit yang terbakar akibat sinaran matahari. Sifatnya yang sejuk dan dingin dapat menenangkan kulit yang tengah terbakar akibat terkena sinaran sang suria.

3. Anti Penuaan

Cuba lihat muka anda sekarang, ada tak garis-garis kedutan. Bila sudah ada kedutan di sekitar wajah anda bermakna anda sudah dimamah usia hehe, ambil dan sapukan air batu pada seluruh wajah anda seperti cara menghilangkan jerawat tadi. Ini kerana air batu dapat mengurangkan kedutan di wajah anda dan meningkatkan pengaliran darah. Urut dengan perlahan-lahan air batu tadi bagi melancar peredaran darah.

 

Jom cuba cara menghilangkan jerawat menggunakan air batu ni..!
nanti kalau berhasil jangan lupa komen dibawah ni ye!.

ok bye..

By | 2017-08-19T17:12:59+00:00 January 28th, 2015|Tips Hilangkan jerawat|0 Comments

Leave A Comment

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.