7 Tips Cara Kuruskan Badan Dalam Seminggu

cara kuruskan badan dalam seminggu

7 tips dan Cara Kuruskan Badan dalam Seminggu

Asal nak menulis pasal cara kuruskan badan je mesti nak tersenyum, mana tak nya asal masuk je tahun baru mesti ade yang berazam nak kuruskan badan kan? korang sendiri pun nampak dekat status facebook kawan2 korang mesti ade yang update azam diorang yang berbunyi macam ni:

” Uwaaa nak kurus”,

“tak nak makan banyak sebab tahun depan nak kahwin”,

“Boleh la berat bulan lepas 59kg bulan ni 58.5kg :(”  dan macam2 lagi hehe.

Tak kisah la ape azam korang pada tahun ni untuk kuruskan badan, apa yang saya nak kongsikan pada korang semua hari ni mengenai

“7 Tips Cara Kuruskan Badan Dalam Seminggu”

Tip yang saya akan kongsikan pada kali ni berkaitan dengan apa yang perlu kita lakukan pada kehidupan kita sehari-hari, ada juga antara kita dah amalkan tapi tak nampak hasil kerana tidak bersungguh2 dan tak istiqomah (berterusan). Jom kita tengok apa dia

7 Tips cara kuruskan badan dalam Seminggu

Cara Kuruskan Badan Cepat

Cara Kuruskan Badan Cepat

1. Minum air. (Dan kemudian minum lagi!)

Ia mungkin kelihatan bertentangan kerana ramai orang merasakan dengan minum air banyak akan menyebabkan Kebuncitan, tetapi dengan minum banyak air anda akan buang lebih banyak air. Realitinya, air yang anda minum tadi akan mengepam keluar kotoran atau toksin didalam badan anda dan menjaga sistem badan anda secara berterusan. Cuba minum air dari gelas yang besar setiap kali anda berasa lapar.

2. : Elakkan Soda atau Air Bergas.

Satu lagi Cara Kuruskan Badan untuk mendapatkan perut yang kempis, Elakkan daripada mengambil soda atau minuman berkabonat. Walaupun Minuman Soda yang berlabel diet sekalipun harus dielakkan, kerana ia mengandungi natrium yang merupakan penyumbang besar kepada kegemukan. Gantikan cola diet tadi dengan ice lemon tea tanpa gula atau kopi.

3. Cuba Berpuasa Sehari.

Sekiranya anda tidak mampu berpuasa anda boleh mengamalkan pengambilan jus atau pengambilan buah-buhan dan sayur-sayuran sahaja untuk satu hari tu.Ini bertujuan memberi ruang kepada sistem badan mencuci badan anda.
Walaupun ini bukan tip pilihan memandangkan godaan sangat tinggi diluar bulan Ramadhan hehe, tapi inilah yang retis2 superstar seperti Gwyneth Paltrow dan Beyonce amalkan untuk mendapat bentuk tubuh langsing(fuhh retis hollywood jd rujukan).

4. Ambil Makanan yang Memberi Tenaga.

Selalu ke gym? Jaga tenaga anda dengan memilih makanan yang akan membantu anda membakar lebih banyak kalori semasa bersenam dan menjalani aktiviti seharian anda. Dapatkan makanan yang berkarbohidrat, seperti biji-bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran. Karbohidrat adalah bahan bakar untuk membakar kalori semasa melakukan senaman

5. Ambil Makanan yang Mudah Dihadam

Apabila anda cuba untuk menurunkan berat badan dengan cepat, ambil makanan semulajadi agar mudah dihadam, dan katakan tidak kepada makanan yang telah diproses atau makanan segera. Apabila keluar makan di Restoran cuba order ulam-ulaman, salad atau makanan berprotein yang dibakar atau dipanggang(grill).

6. Penuhkan Peti Ais dengan Makanan Anti-lemak

Makanan yang melawan lemak perut? Ya sangat perlu! “Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi air secara semula jadi. Kesan diuretik membantu membersihkan badan daripada air yang berlebihan yang anda minum seperti dalam tip #1. Cuba tembikai, tomato, nanas, dan anggur. Makan buah sebelum makan nasi atau dimasukkan bersama menu salad anda.

7. Fokus kepada Senaman

Kerana fokus kita adalah kuruskan badan dalam masa 7 hari, jadi dalam masa 7 hari ni anda perlu keluar bersenam seperti berjogging, berbasikal, atau kalau takde masa pergi je ke gym biar tukar ajar tu beritahu teknik2 yang betul untuk bersenam dan mungkin membina otot perut sedikit agar kelihatan lebih cool.:)

** itu je, 7 Tips Cara Kuruskan Badan Dalam Seminggu. try yang ni dulu nanti saya kongsi lagi yang lagi power pada masa akan datang insyallah.

Tip Bonus: Kalau anda tak mampu ikut tip2 yang diberikan disebabkan kesibukan kerja dan selalu tersangkut dalam kesesakkan lalulintas atau pun anda seorang yang malas, anda boleh mintak bantuan dari produk pelangsingan yang ada dipasaran yang selamat digunakan dan paling penting testimoninya terbukti berkesan.

p/s: Kalau anda perhatikan semua tip2 cara kuruskan badan diatas banyak berkisarkan perihal berkaitan pemakanan betol tak?, korang pun dah tahu di Malaysia ni bukan masyarakat je majmuk, makanan pun majmuk juga macam2 ada, jadi untuk azam 2015 ni  perlu set minda anda seperti ni

“Orang yang Hensem/Cantik adalah orang yang mampu kawal pemakanan dia”

By | 2017-08-19T17:13:01+00:00 January 12th, 2015|Tips Kuruskan Badan|0 Comments

Leave A Comment

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.