50 Tips Cara Nak Kuruskan Badan Sepanjang Zaman

Motivasi cara nak kuruskan badan

50 Tips Cara Nak Kuruskan Badan Sepanjang Zaman 

Adalah rahsia untuk menurunkan berat badan yang boleh dijumpai didalam keputusan yang anda buat setiap hari. ia berkaitan pengambilan diet yang seimbang dan juga gaya hidup untuk kekal sihat. Kita tahu ramai yang diluar sana impikan betuk badan yang kurus dan cantik, tapi ramai juga yang cepat mengalah, selepas 2 ke 4 minggu dah tak amalkan cara nak kuruskan badan yang mereka pelajari sebelum ni. Ibarat askar pergi berperang dan balik sebelum sempat tewaskan musuh.

Apabila kita berazam untuk kuruskan badan ia berkait rapat dengan kesungguhan bukan dengan keputusan yang akan dicapai. Tak kira berapa banyak berat badan yang anda nak kurangkan memerlukan banyak  kesabaran untuk menampakkan hasilnya.

Jom saya kongsikan tips cara nak kuruskan badan berkesan untuk anda praktikan. Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu motivasi, pemakanan, dan gaya hidup.

50 Tips Cara nak kuruskan badan yang berkesan:

Bahagian 1: Motivasi Diri Cara nak Kuruskan Badan Yang Berkesan

1. Set kan matlamat khusus atau kecilkan matlamat anda dan letak kan pada peti sejuk atau cermin bilik air.contoh “Minggu ni saya nak kurus 1kg”.

2. Ambil gambar sebelum dan selepas. ini adalah cara yang paling berkesan menaikan semangat untuk mencapai matlamat cara nak kuruskan badan yang anda fokuskan.

3. Beli Sepasang baju yang anda suka dengan ukuran lebih kecil dari yang anda pakai sekarang. Ini sebagai peringatan untuk fokus kepada matlamat kita tadi. Sentiasa berazam yang anda akan pakai baju itu satu hari nanti.

4. Focus untuk hilangkan 1 kg dahulu pada permulaan impian, dengan tumpuan pada matlamat yang kecil lebih mudah tercapai dan akan mningkatkan semangat untuk ke matlamat seterusnya.

5. Cuba pakai seluar jean anda seminggu sekali untuk melihat perubahan.

6. Penuhkan diri anda dengan sokongan, contohnya seperti sokongan dari kawan2 yang memiliki matlamat yang sama, simpan gambar inpirasi seperti gambar bentuk badan yang anda inginkan, download apikasi kecergasan atau semua sekali diatas.

7. Buatkan senarai kerja yang anda perlu lakukan dan terus lakukan perkara2 yang disenaraikan itu. Sekarang anda sudah memiliki senarai kejayaan yang kecil.

8. Bayangkan bagaimana cara anda mahu dilihat akan datang. Seperti menjadi seorang yang seksi, cantik, kurus, atau menawan.

9. Buang pemikiran negatif dan gantikan dengan pemikiran positif. Amalan yang positif membantu membina diri dari masa ke masa.

10. Cari seseorang untuk menjadi rakan akuantabiliti anda.

11. Raikan dan Kongsikan kejayaan kecil anda dengan update status di facebook, tweeter atau instagram

12. Kasihani diri anda. Jangan salahkan diri anda kerana tak bersenam sebelum ni. Buat perancangan dan pilihan yang bijak untuk masa depan anda. Biasa la manusia akan tersedar selepas sesuatu yang buruk telah terjadi keatas diri mereka sendiri.

13. Pelbagaikan senaman dan aktiviti anda, jangan ulang aktiviti yang sama setiap hari. ini mengelakkan anda dari merasa bosan. Contoh2 aktiviti yang anda boleh lakukan.

14. Menggabungkan latihan stamina dengan latihan pada otot tertentu. Elakkan melakukan latihan pada otot yang sama dua hari berturut-turut

Wall cara nak kuruskan badan

15. Buat rekod latihan anda menggunakan applikasi handphone atau boleh gunakan cara tradisional dengan menulis apa yang telah anda lakukan pada whiteboard atau kalender kuda dekat rumah anda untuk dijadikan rujukan masa depan.

16. Jangan lupa panaskan badan sebelum mula bersenam bagi mengelakkan kecederaan.

17. Pastikan anda memiliki DVD senaman untuk hari-hari yang anda tidak boleh melakukan aktiviti luar seperti pergi ke Gym atau taman rekreasi. Anda boleh guna DVD tu untuk melakukan aktiviti dirumah anda.

18. Sekali sekala malas bersenam, boleh cuba ambil supplement tambahan yang membantu anda mengawal nafsu makan anda atau membantu memecahkan lemak dan membakar kalori badan anda.

19. Banyakkan berpeluh dengan melakukan senaman, sekurang-kurangan 3 kali seminggu.

20. Elakan berlatih secara berlebihan. Ini akan mengakibatkan sakit-sakit badan dan penurunan prestasi.

21. Lakukan senaman berat seminggu sekali, seperti berenang atau bersukan (futsal & badminton)

22. Tenangkan diri anda selepas penat bersenam.

23. Boleh amalkan setiap pagi, Cara Mudah Untuk Kuruskan Badan Awal Pagi

24. Buat senaman ringan sekiranya anda hanya ada 5 minit je pun, seperti turun naik tangga pejabat.

25. Gunakan pemberat badan atau tangan semasa melakukan aktiviti di rumah seperti menyapu dan mengemop lantai.

26. Tarik nafas dalam2. Otot dan badan memerlukan oksigen untuk berfungsi dengan lebih baik

27. Buat jadual senaman sama penting dengan jadual temujanji anda.

28. Melakukan aktiviti yang aktif bersama keluarga sekali seminggu seperti berbasikal, berjogging atau window shopping.

29. Lakukan latihan intensif. seperti tambah masa latihan dan tambah kelajuan pada sesuatu latihan untuk hasil yang lebih baik.

30. Sertai kelas kecergasan berkumpulan.

Rasa macam panjang pulak artikel kali ni, mesti korang dah menguap kan hehe. Saya sambung lagi 20 tips di Part2: 50 Tip Cara Nak Kuruskan Badan Sepanjan Zaman.

By | 2017-08-19T17:13:00+00:00 January 20th, 2015|Tips Kuruskan Badan|0 Comments

Leave A Comment

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.