5 Cara Putihkan Kulit Muka

Cara putihkan kulit muka sinaran

 

Sebenarnya anda tak perlu beria-ria sangat menghabiskan masa dan usaha untuk mendapatkan kulit muka yang putih dan bersih. Dengan 5 Cara Putihkan Kulit Muka berikut akan memberikan anda hasil yang diluar jangkan anda sendiri.

 

5 Cara Putihkan Kulit Muka Berkesan

1. Krim Matahari.

Krim Matahari atau Krim Siang adalah cara putihkan kulit muka yang berkesan dan ramai terlepas pandang atau buat dek je. Ramai orang berpendapat pakai krim matahari fungsinya adalah untuk melindungi permukaan kulit daripada terbakar dan gelap sahaja. Padahal Krim Matahari melindungi kulit dari sinar UV dan peningkatan kadar Melanin.

Sinar UV dan persekitaran berbeza meninggalkan kesan jemuran dan meningkatkan kadar Melanin (Semakin tinggi Melanin, semakin gelap kulit kita). Jika anda selalu menggunakan krim matahari anda akan melihat kesan yang ketara.

2. Pelembab Kulit

Pelembab kulit juga ramai yang menyalah anggap yang ianya tidak berkaitan dengan cara putihkan kulit muka. Yang sebetulnya ia membantu mendapatkan kulit muka yang lebih putih secara semulajadi. Kulit yang kering lebih mudah terbakar oleh sinaran matahari. Oleh itu pelembab kulit mengawal kelembapan kulit dari terus dibakar oleh matahari.

cara putihkan kulit muka tomato

3.  Tomato

Tomato adalah peluntur, ia adalah bahan semula jadi untuk memutihkan kulit. haa korang ingat Clorox je ke…

Potong separuh biji  tomato dan asingkan bijinya. Kemudian cuci muka anda dengan kaedah pusingan menggunakan sabun yang biasa anda pakai. Bersih dan keringkan muka. Sapukan tomato tadi di seluruh kulit muka dengan cara pusingan dan biarkan selama 15 minit bersama tomato itu dimuka.

Sekiranya dibiarkan sepanjang malam anda akan melihat hasilnya dengan pantas. Kulit muka akan menjadi bersinar dan cerah. Lakukan setaip hari untuk hasil yang lebih baik.

4. Tepung Gandum

Kulit yang sihat akan melindungi kita dari kesan gelap. Mengekalkan kelembutan kulit dan sihat dengan menggunakan tepung gandum adalah satu idea yang baik. Cara putihkan kulit muka dengan tepung gandung ni mudah je, ambil tepung dan campurkan dengan yogurt. Campuran tadi sapu je terus ke muka dan biarkan 15-20 minit macam tu. Lakukan sekerap yang mungkin untuk korang mengekalkan kulit yang cantik mulus gituuu..

cara putihkan kulit muka papaya puree

Cara putihkan kulit muka dengan puree betik

 

5. Betik

Betik adalah buah-buahan yang berkhsiat yang baik untuk rambut, kulit dan sistem penghadaman. Selain makan korang boleh sapukan ke muka korang dengan pureed betik ni (betik yg dikisar atau penyek) dan cuci muka dengan air suam selepas 20 minit. Ini akan menjadikan kulit korang putih dan lembut secara semula jadi.

Nampak tak? semua bahan2 yang digunakan untuk dalam Cara Putihkan Kulit Muka simple dan mudah didapatkan. Apa yang korang lakukan adalah buat sampai jadi. Selamat mencuba.

Asalammualaikum. tata

By | 2017-08-19T17:12:59+00:00 January 29th, 2015|Tip Putihkan Kulit|1 Comment

One Comment

  1. Bali Tour May 19, 2015 at 9:24 am - Reply

    terima kasih atas informasinya

Leave A Comment

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.