3 Petua Putihkan Kulit Muka

Putihkan kulit muka dan wajah

Putihkan Kulit Muka punya cerita pulak.

Macam mana cara untuk putihkan kulit muka aku ni? diantara soalan yang selalu berada difikiran remaja atau dewasa apabila mengalami masalah kulit gelap tak kira lelaki ataupun perempuan. Termasuk anda yang sedang baca artikel ni :).

Bila dah menghadapi masalah macam ni, mula la mengalabah cari penyelesaian yang terbaik, kalau zaman saya dulu orang tengok iklan tv je nak tahu produk pemutih yang berada dipasaran (masa tu fair n lovely), tapi sekarang dah mudah taip je cara untuk putihkan kulit muka di Google, berderet web yang menulis tip dan petua untuk putihkan kulit muka tak kurang juga yang ada menjual produk pemutih dan penjagaan muka termasuk blog yang anda sedang baca ni hehe..

Hari ni ni saya tak nak jual produk tapi nak kongsikan 3 Petua Mencerahkan Kulit Muka Secara Semulajadi untuk anda amalkan, dan kelihatan cerah dihadapan pasangan yang anda cintai.

Petua Putihkan Kulit Muka 1

Ambil dua sudu beras dan kisar hingga halus. Kemudian campur dengan satu sudu madu lebah bersama sedikit teh pekat. Gaulkan hingga kesemua campuran itu menjadi krim pekat. Sapukan krim tersebut pada wajah. Kemudian biarkan ia mengering dengan sendiri, setelah itu barulah dibilas dengan air hingga bersih.

Petua Cerahkan Wajah 2

Sediakan satu sudu kacang dan enam biji badam. Rendamkan kesemuanya dalam bekas berisi air panas dan biarkan semalaman. Kisarkan bahan-bahan tuh dengan blender atau tumbuk menggunakan lesung batu hingga halus pada keesokan harinya.Sapukan pada wajah dan biarkan selama setengah jam sebelum dibilas dengan air bersih.

Petua Mencerahkan Kulit Pada Wajah 3

Pukul sebiji telur ayam dan campurkan dengan satu setengah cawan minyak kelapa beserta satu sudu madu lebah. Kacau sehingga rata dan pekat. Setelah itu simpan dalam peti sejuk selama sejam sebelum disapu pada wajah. Biarkan selama setengah jam kemudian barulah dibilas dengan air bersih.

Tip Bonus Putihkan Kulit Muka.

1. Petua ini perlu diamalkan selalu untuk hasil yang MANTOP
2. Jangan amalkan petua ni jika anda buka seorang penyabar (nak kena tumbuk2, simpan dalam peti lagi)
3. Jangan amalkan petua ni jika anda ada anak kecil yang perlukan perhatian anda.
4. Guna produk pemutih yang memiliki GMP dan Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti senarai dibawah ni mengikut kesesuaian anda.

 

By | 2017-08-19T17:13:00+00:00 January 27th, 2015|Tip Putihkan Kulit|0 Comments

Leave A Comment

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.