10 Cara Kuruskan Badan Mudah dan Jimat

Minggu lepas gi kedai kak Lela tukang jahit power area Bandar Tasik Puteri ni, nak mintak dia tolong jahitkan tudung bukan nak buat pakai raya pun tapi nak hantar ke customer yang order maklumla duk area Kl & Selangor ni kena ade side income juga.

Waktu tu cuti sekolah akhir tahun lebih kurang jam 2 petang:

Kak Lela: haaa Naza! (panggilan glamer saya) lama tak nampak, balik kampung ke?

Saya: Takde la kak! sibuk ngadap pc cari customer sambil2 tengok gambar banjir, boleh tahan juga banjir tahun ni kan kak? akak dah makan?

Kak Lela: Kesian diorang mudah-mudahan banjir tu cepat la surut. sssssshhh(sambil jari telunjuk letak kat bibir dia).

Pasal Makan jangan sebut kuat2? Akak tengah temankan Nazril (anak bongsu dia) berdiet untuk kuruskan badan dia, sebab doktor kata dia tak boleh nak sunat lagi nazril sebab badan dia gemuk, nanti alat tu tak boleh nak pasang sebab anu jadi pendek. Sekarang ni tiap2 petang akak gi gym dengan dia nak bagi dia semangat untuk kuruskan badan.

Saya: oooOOooo( dalam hati berkata alat tu untuk apa? hahah)

Masalah kegemukan bukan sahaja berlaku pada orang dewasa malah kanak-kanak juga turut mengalaminya. Ini disebabkan pemakanan dan kurang melakukan aktiviti riadah seperti berjongging, bersukan dan sebagainya. Ini boleh menimbulkan banyak masalah pada masa hadapan sekiranya tidak di bendung dari awal, contohnya sukar untuk bergerak, susah untuk mencari saiz baju, malu berkawan dan sebagainya.

Dalam kes Kak Lela tadi anak dia seorang yang aktif , baju pun takde masalah sebab mak dia tukang jahit. Tapi dia perlu turunkan berat badan atas nasihat doktor sebelum boleh disunatkan. Nak je promote produk kuruskan badan yang ada di pasaran, tapi tengok pada usia budak tu mungkin tak sesuai kot.. baru lepas UPSR.

Rujukan demi rujukan saya lakukan untuk kongsikan dengan Kak Lela dan pembaca blog ni tentang bagaimana cara mudah dan jimat untuk kuruskan badan yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Jom Baca!

Cara kuruskan badan cepat dan mudah

10 Cara Kuruskan Badan Mudah dan Jimat.

1. Mengemas rumah
Kalori dibakar dalam satu jam: 238

Melakukan lebih kurang 1 jam aktiviti mengemas rumah seperti membongkokkan badan mengutip barang dilantai dan mengemas almari baju atau menyapu sampah membantu membakar kalori anda yang bersamaan dengan bekas kecil ketang goreng McDonald (230 kalori)

Cara kuruskan badan fudge sundae with whipped cream

Cara kuruskan badan fudge sundae with whipped cream

2. Berkebun
Kalori dibakar dalam satu jam: 272

Berkebun adalah kuasa kecergasan walaupun hanya mencabut mencabut rumput. Pada yang sama 306 kalori dibakar setiap jam. Berkebun selama dua jam seumpama mencuci diri anda daripada 2 sudu fudge sundae bersama krim putar (550 kalori) yang anda ambil selepas makan malam atau bersamaan sepingan bihun goreng (550 kalori). WOW!

 3. Mengemop
Kalori dibakar dalam (1/2) setengah jam: 119

Mengemop dapat menguatkan lengan dan berkesan untuk kuruskan kaki anda.  Mengemop selama satu jam penuh 238 kalori dibakar, jika anda mengemop selama setengah jam bersamaan anda membakar kalori yang serupa dengan sebiji telur goreng atau jajan/snack/kudap2 ataupun pretzel sticks (110 kalori).

cara kuruskan badan mudah dan cepat

cara kuruskan badan mudah dan cepat dengan vacuum

4. Vacuum
Kalori dibakar dalam satu jam: 238

Pergerakan lebih kurang sama dengan mengemop cuma vacuum lebih cepat, tak perlu banyak satu bilik tidur sudai mencukupi. Tapi kalau dapat vacuum keseluruhan rumah lagi baik kerana 1 jam kerja menvacuum rumah akan membakar kalori yang menyamai kalori yang terdapat pada sepotong kek coklat (235 kalori).

5. Memotong rumput
Kalori dibakar dalam satu jam: 370 Mengguna mesin rumput

Memotong rumput yang menggunakan pemotong kuasa motor akan membakar 374 kalori anda. Tetapi untuk senaman yang terbaik untuk kuruskan badan dengan lebih cepat memotong rumput menggunakan mesin rumput sambil berjalan dengan ini akan membakar 408 kalori, yang menyamai 1 perempat daripada beg besar kerepek kentang  yang anda selalu kunyah tu. (425 kalori) .

Yang ni sesuai untuk para lelaki je ye, tapi kalau adik2 manis atau puan2 semangat nak buat apa salahnya. Bukan rumah je cantik bentuk badan pun cantik.

6. Penjagaan kanak-kanak
Kalori dibakar dalam satu jam: 204

Memberi belaian manja dan penjagaan kepada cucu seperti mandikan mereka, pakaikan baju, dan bermain bersama mereka, membantu membakar jumlah kalori yang cukup banyak walaupun nampak remeh. Satu jam sahaja dengan menjaga anak mereka 204 kalori lesap, setara dengan sepotong peperoni pizza (180 kalori) dan cuba fikir berapa banyak kalori akan terbakar sekiranya anda menjaga mereka sepanjang hari!

7. Membasuh pinggan
Kalori dibakar dalam setengah jam: 85

Nah, anda tidak akan kehilangan berat badan yang ketara dengan membasuh pinggan , tetapi ia cukup untuk membakar kalori daripada biskut cip coklat (80 kalori) buatan sendiri yang anda bersama anak-anak anda tadi.

8. Mencuci pakaian
Kalori dibakar dalam satu jam: 68

Seperti membasuh pinggan, mencuci pakaian bukanlah satu aktiviti yang paling berat, bagaimanapun, anda boleh membakar kalori yang cukup untuk menghilangkan 3 coklat Hershey Kisses (66 kalori) atau 5 ulas durian (64 kalori). Kalau cuci baju sekolah dan kasut sekolah anak pada hari minggu mungkin kalori terbakar lebih skit ditambah lagi hati yang terbakar tengok kotoran ada. Siapa yang ade anak sekolah rendah mesti tahu ape yang saya maksudkan ni hehe

9. Menegcat Bilik
Kalori dibakar dalam satu jam: 306

Jika anda adalah seorang yang suka membaiki rumah anda sendiri (DIY), anda adalah pembakar kalori yang baik. Mengecat bilik selama satu jam di rumah anda akan menghilangkan 306 kalori sama seperti mengecat perabot. Jumlah ini cukup untuk mengucapkan “goodbye” kalori pada dua keping roti bawang putih (300 kalori).

10. Produk Pemakanan Tambahan(supplement).

Dapat menjimatkan masa anda…..

cukup la 10 dulu ye.. ni pun tak tahu pulak berapa banyak kalori yang dah terbakar semasa menaip tip ni, hehe sebenarnya secara tak sedar kita dah buat pun semua kerja2 dia atas tu. Tapi! kenapa masih juga tak kurus-kurus. Ini kerana pengambilan sesuatu makanan dalam kuantiti yang banyak menyebabkan masa yang diambil untuk membakar kalori tidak mencukupi.

Dapatkan produk tambahan untuk mengawal pemakanan kita juga dapat membantu menaikkan semangat kita untuk berusaha kuruskan badan. Jadi sambil2 buat kerja rumah + produk pelansingan insyallah gemuk bukan lagi mimpi ngeri anda..!

.Assalammualaikum.

By | 2017-08-19T17:13:01+00:00 January 13th, 2015|Tips Kuruskan Badan|1 Comment

One Comment

  1. suhailey July 11, 2015 at 2:10 am - Reply

    jaga anak memang boleh kurus dik, lagi la kalo jenis berjaga malam.kurus kering la ibu tak cukup tidur

Leave A Comment

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.